Warkahmu

June 17th, 2008 by 220978
Sabarlah kasih,
walau hempedu yang kau rasa,
kerana di sana ada penawarnya.

Sabarlah kasih,
walau kabus melitupi pandangan,
pasti Allah akan bukakan jalan.

Sabarlah kasih,
menunggu kasih sayang,
kerana di sana ada kekuatan.

Sabarlah kasih,
melayan kerenah sayang,
kerana itulah sedikit pengorbanan.

Sabarlah kasih,
dalam sedar redha bertahanlah
pasti ia dalam rahmat

Ada Sesuatu Yang Ku rasa

June 15th, 2008 by 220978

Ada

sesuatu yang kurasa

Di kala ini sendiri lagi mencipta sepi

Jauh terbuang di lambung ombak

Terdampar sendirian di suatu perhentian

Entah dimana aku tidak pasti

Argh..ada sesuatu yang kurasa

Denyutan nadi, hati, degupan jantung tergumpal rapi

Tak tahan menyimpan satu penderitaan

Tak tahan menyimpan satu rahsia

Air mata mula berlinangan

Tangan yang ku pegang terlerai sudah

Jauhku di tinggalkan

Sekali lagi aku bersendirian

Terciptanya satu kesepian

Ada

sesuatu yang kurasa

Perasaan yang sudah lama mati

Perasaan yang sudah lama hilang

Perasaan yang sudah lama ku pendam

Kini telah bersinar kembali

Mencipta seribu pengharapan

Namun harapan sekadar harapan

Yang Semakin kelam

Ada

sesuatu yang kurasa

Mampu untuk bertahan

Bertahan dan terus bertahan

Sampai bila? Namun itulah sesuatu yang kurasa

Ada

sesuatu yang kurasa

Tentang sebuah pengharapan

Tentang seribu angan-angan

Tentang sekotak kenangan

Ada

sesuatu yang kurasa

Kau pasti akan datang

Menghulurkan tangan mulusmu

Memimpin ku untuk mengharungi

Suka duka seribu ranjau kehidupan

Dan ketika itu ada sesuatu yang kurasa

Lahirnya senyuman yang terukir

berakhir sudah seribu penantian

berakhir sudah seribu pengharapan

berakhir sudah sejuta angan-angan

Tika dan saat itu yang senantiasa ku tunggu

….Sesungguhnya kau tercipta adalah untuk ku….

Image003

Norciha Asmal Baderi

New Delhi

16 June 2008

2.20 am

Terasing di sini..

June 10th, 2008 by 220978

Jangan didekati hati itu
kerna ia akan tersentuh
Jangan diusik hati itu
kerna ia sedang bercelaru

Rasa terasing disitu
tiada siapa yang memahami
ruang hati seolah makin kecil dan sempit
lalu ia semakin membuat rasa hiba

bertakung sudah air
di setiap genap ruang mata..
tinggal masa untuk dijatuhkan..
dan..akhirnya mengalirlah ia..

perlahan-lahan melangkah
mencari tempat untuk melepaskan lelah..
tapi ruang waktu tidak memberi keizinan
bila bersandar..terus hilang dari pandangan…
dan pergi meninggalkan diri terkapai-kapai sendirian

mungkin hati itu yang mudah tersentuh
membuatkan diri terasa asing disitu…

10 June 2008

June 10th, 2008 by 220978

DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

‘Bingkisan Doa.’ Ya Allah…. Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… . dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku. … Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. ..

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…. Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Pesanan dari seorang rakan

May 7th, 2008 by 220978

7 May 2008

Just received one new email from my frenz..Interesting and good to share with others. My ustaz also said the same thing before.  Semoga Allah memberi berkat kepada kepada kita. Amin..

"Pesanan terbaik dari seorang rakan…. Assalamualaikum, Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik. Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya. Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan"

Puisi di kala bosan..hehehehe

April 15th, 2008 by 220978

15 April 2008

Dah lama rasanya tak tulis apa-apa dalam blog ni..sebenarnya banyak benda yang aku nak tulis tapi kemalasan tahap gile membuatkan ia tergendala..tapi malam ni memang tengah bosan tahap cipan..hehehe..entah-entah aku lagi boring dari cipan tu..tiba-tiba tangan ni gatal nak bersajak..dah lama rasanya aku tinggalkan bidang penulisan sajak ni..(Minah jiwang juga aku ni hehehehe)…dulu masa muda-muda rajin lah..tapi sejak dua menjak ni dah tak ada masa ..so kengkawan-kengkawan moga enjoy with my sajak..Da..

Malam yang  menggulit perasaan

Indah ciptaan dalam fikiran

Aku terpanggu dalam angan-angan

Mencari sesuatu yang masih di awang-awangan

Lewat Tatkala malam

Hati dan perasaan gundah gulana

Datang dan pergi tanpa di pinta

Hati meronta tidak terkata

Berdosakah aku bersalahkah aku

Mengharapkan sesuatu yang ku sendiri tidak pasti

Hati..

Bawalah jauh perasaan itu

Terbangkan ia bersama burung-burung di langit

Yang Bebas, yang bergembira  nun di

sana

Pergilah…

Tinggalkanlah…bersama-bersama deruan bayu

Yang menghembus lembut

Wahai Burung-Burung di Langit

Tolonglah diri ku ini

Khabarkan padanya

Bahawa ada seorang Insan yang sentiasa

Akan Menanti..akan menunggu dan akan terus mengharap

Walaupun ku tahu penantian itu satu penyiksaan

Menunggu itu satu seksaan

Mengharap itu satu penderaan

Namun tolong kibarkan sayapmu padanya

Bahawa Aku adalah aku

Seorang penanti,..

Seorang penunggu

Dan seorang pengharap…

Yang sentiasa setia menantinya disini…

Hasil Nukilan:

Norciha Asmal Baderi

15 April 2008

10.31 pm

New Delhi

Hari Rehat Sedunia..

March 2nd, 2008 by 220978

3 March 2008

Diam tak diam ..kejap jer dah masuk bulan March.  Cepat betul masa berlalu ..sunggup pantas…tapi aku tetap macam ni..ciha yang sama..ciha tak ada beza dengan sebelum ni.  Masih seperti dulu.  Today just receive email from my frenz..so touching..berkenaan dengan ibu..tiba - tiba je tingat kat mak kat kampung.  So, aku nak sharing this email dalam bleh ni..petikan di ambil dalam Utusan Malaysia.  Mungkin ada yang dah terbaca..tapi tak apalah..benda baik apa salahnya berkongsi kan..’apa guna emas permata jika dibandingkan pengorbanan seorang ibu kepada anak’

Emak…anak mak ni akan balik raya ni..tungguuuuu..miss u so much mak..

Subject: ”Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!" -

Utusan Malaysia

Kepada yang masih punya ibubapa/ ibubapa mertua…. Gunakanlah peluang kedua sebaik-baiknya… Semuga hidup kita diberkati. Amin..
‘‘Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!”
KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.
Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utara tanah air.
Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar.
Kehadiran surat Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi. Kisah Adi akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargai ibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada tandingannya di dunia ini.
Begini kisah Adi: “Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
“Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.
“Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung.
“Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya.
“Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati.
“Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.
“Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.
“Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.
“Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan.
“Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.
“Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar.
“Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.
“Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.
“Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri.
“Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.
“Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak.
“Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?
“Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.
“Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Saya jelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.
“Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal.
“Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.
“Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah.
“Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.
“Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu..
“Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.
“Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.
“Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu.. Alhamdulillah…’’ begitu Adi menutup kisahnya.
Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adi berulang kali. Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang saya mengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dan kesilapannya terhadap ibu tersayang.
Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.
Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibu bapa. Hargailah mereka.
Menutup kata: Keindahan adalah budi pekerti. Kebaikan adalah kebajikan dan keluhuran budi dan keelokkan itu adalah cara bagaimana kita bermain dengan akal. Salam.

Malam Boring Sedunia

February 22nd, 2008 by 220978

22 February 2008

Malam boring sedunia.  Memang boring..mata tak nak pejam..puas dah pusing kanan pusing kiri..susah benor rasanyer mata..tension jer..entah apa yang aku fikirkan aku pun tak tahu..mungkin sebab tingat sangat kat Mak, Abah n family kat Malaysia..tingat kat kengkawan-kengkawan pun ada gak ni…hehehe..tingat kat orang tersayang pun ada sama..ait..aku ada ker orang tersayang..hehehe.. Ikut kan hati nak jer terbang balik ke Malaysia malam ni juga.  Tapi bila kenangkan nak tunggu raya ..so dengan sendiri terbatallah niat di hati.   Maklumlah raya tahun lepas tak balik..kena raya kat sini..sedih tu..especially bila dengar jer takbir..argh..menusuk di kalbu.  Walau camner pun bersyukur lah sebab ramai gak orang malaysia yang menyambut raya diNew Delhi.  So tak la terasa sangat.  Apa-apa pun this yea i will be back to Malaysia..not back for good but back for cuti-cuti raya.  Malaysia oh tanah airku…hu..hu..hu..

Hari ni keje banyak sangat..dah tu ada plak benda yang menyakitkan hati terjadi.  Susah betul lah kan kalau kita jer asyik nak jaga hati orang..tapi orang tak kisah pun tentang hati kita.  But what to do..that’s the way i am..sendiri mau jawablah n telan jer..yang penting sabar..Sabar tukan sebahagian daripada Iman..

MARRIAGE

February 17th, 2008 by 220978

18 February 2008

Marriage..everybody wants to get marriage..giler lah orang tu kalau tak nak kawin..aku pun nak kawin gak..hahaha..gatal lah plak..tapi calon-calonnyer..adalah…tak ada calon camner nak kawin.

Sebenarnya tension gak bila fikir pasal kawin ni..kadang-kadang tu aku sendiri tak pernah terfikir..tapi bila orang sekeliling asyik tanya..bila lagi..bila lagi..maka dengan itu terfikirlah …tapi satu perkara yang buat aku nyampah tu bila orang cakap ‘kau ni kan ciha memilih sangat’.  Lepas tu my face reaction cam kerang busuk..nak gelak n tak nak gelak..sama jer..kalau gelak pun nampak sangatlah cam belakon…(well aku ni pelakon handalan sebenarnya), MEMILIH..kena lah memilih kan .. kawin ni bukan setakat suka-suka..sonot-sonot..kalau bleh nak hidup ngan pasangan kita tu sampai ke hembusan terakhir..(chewah..ayat power giler tu), tapi bukan senang nak cari calon.  Sometimes we felt that we have met someone who can hold our hand..but suddenly..tangan yang diharapkan dapat memimpin kita akhirnya terlerai di tengah jalan..camner tu..tak ada jodoh..may be that’s the correct words i should used…Soal jodoh, maut, ni semua kan kat tangan Allah..

Kalau tanya pada akulah..be honest ..aku memang dah malas nak fikir soal commitment with man..now i know why..some women tak nak kawin sampai tua..hehehe..sebabnya aku dah rasa..kenapa, mengapa, actually it’s to tired to have a ‘relationship’ with man, setakat ni lah aku rasa hidup sorang tu lebih aman..memanglah kadang-kadang tu sunyi datang menjengah ..tapi jangan lah kita mencipta ruang sunyi tu di hati kita..pandai-pandai lah..

i still remember one words from my frens..’tak semestinya hidup berdua ni bahagia..dan tak semestinya hidup sorang ini sengsara..kadang-kadang seorang lebih bahagia daripada berdua’.  Apa-apa pun aku tetap percaya tentang jodoh..selagi ada wanita selagi itulah ada lelaki..Allah jadikan setiap kejadian itu berpasangan..kalau ada jodoh insyallah tak kemana-mana..

Happy Valentine’s Day to myself

February 14th, 2008 by 220978

14 February 2008.

‘As we go on we remember all the times we had together, as our life changes whatever we will still be friends forever’.  I’ve received a first message..valentine’s message from my bestfrenz.  So surprised…yerlah..tak ingatkan pun hari ni hari berkasih sayang..maklumlah dah lama tinggal bab-bab kasih sayang ni..hehehhe